Isteri Lari Dari Rumah Tuntut Cerai
>> Monday, October 25, 2010

Soalan
Yatee salam ustaz. apakah hukumnya jika isteri lari dr rumah dn tuntut cerai dr suami. disebabkan suami berlaku curang dn suami tidak beri nafka yg cukup...
Jawapan,
”Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz
60. (1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—
(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain,tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurutkemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklahlagi menjadi nusyuz. “
Berdasarkan Seksyen 60 Enakmen Keluarga Islam memperuntukkan proviso nusyuz. Kesan nusyuz adalah terhalang dari suami memberi nafkah kepada isteri.
Isteri hendaklah mempunyai alasan yang munasabah yang dirasakan patut dan wajar berbuat demikian seperti lari dari rumah. Antaranya mangsa pederaan, suami seringkali mengugut sehingga boleh mengancam nyawa atau apa2 aniaya yang dilakukan suami terhadap isteri yang boleh membawa kepada mudharat atau dharar syarie terhadap isteri.
Alas an –alasan yang munasabah dan wajar terkandung dibawah seksyen 53 Enakmen Keluarga Islam yang boleh menfasakhkan perkahwinan.
Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
53. (1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut manamana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada
alasan-alasan yang berikut, iaitu—
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih:
(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah menurut Hukum Syarak, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atausuaminya iaitu, antara lain—
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh
kelakuan aniaya;
(ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup
berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada
menggunakan haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;
(v) menghalang isteri atau suami daripada menunai atau menjalankan kewajipan atau
amalan agamanya; atau
(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri
yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan disetubuhi;
(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord. 31/52], atau sakit mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;
atau
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.
(3) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman pemenjaraan itu telahmenjadi muktamad dan suami atau isteri itu telah pun menjalani satu tahun daripada hukuman itu.
(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu
bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan
hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada suatuperintah fasakh boleh dibuat atas alasan itu.
(5) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah
terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak,telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan bertindak untuk menolak perkahwinan itu, dan
bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
Atas alas an munasabah apabila seseorang isteri hendak keluar dari rumah misalnya perlulah mendapatkan perintah injuksi dari Mahkamah Syariah bagi membenarkan isteri dan suami tinggal berasingan sehingga kes perceraian selesai.
Isteri juga boleh mendapatkan Perintah Interim melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Proviso Akta Keganasan Rumahtangga di Mahkamah Majistret. Kesan perintah ini, suami terhalang mendekati isteri sehingga perintah baru dikeluarkan.
Wallahu’alam



1 comments:
kalau isteri tu lari dari rumah dan tak lagi bersekedudukan dengan suami selama 4 bulan berturut-turut (tak kira apa pun sebab dia lari)boleh jatuh talak ta'liq mengikut lafaz negeri terengganu sahaja.ana pernah bawak kes macam ni, boleh menang.
Post a Comment